Saturday, 16 January 2010
Friday, 15 January 2010
SEKITAR KARNIVAL PANTAI MERDEKA (6/12/2009 - Ahad )
PENCAPAIAN MURID PRASEKOLAH SKBRD DI KARNIVAL PANTAI MERDEKA
1. Ketiga Acara Membina Istana Pasir - Afiq, Zarif, Haris, Nuqman, Amir Firdaus, Damia, Nazifa, Aleeya, Ain, dan Fitri Aiman ( 10 peserta )
2. Kedua Bawa Bola Pingpong dalam Sudu - Damia dan Amir Firdaus (Wakil Zon Tokai)
3. Ketiga Mengelecek Bola - Afiq, Nuqman, dan Zarif ( Wakil Zon Tokai )
4. Ketiga Baling Bola dalam Bakul - Nazifa, Aleeya, dan Zarif ( Wakil Zon Tokai )
5. Kedua Bawa Bola dengan Kayu Hoki - Zarif dan Aleeya ( wakil Zon Tokai )
6. Kedua Tarik Tali - Aleeya dan Ain ( wakil Zon Tokai )
TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN KARNIVAL INI.
PRASKBRD - ANUGERAH HARAPAN PRASEKOLAH LIMA BINTANG
Majlis CITRA GEMILANG Daerah Pendang telah diadakan pada 10/11/2009 ( Selasa ) Jam 9.00 Pagi bertempat di SK Tanah Merah. Program ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada Warga Prasekolah Daerah Pendang. Beberapa aktiviti diadakan seperti pertandingan mewarna, kuiz uji minda, dan kemuncaknya penganugerahan Prasekolah Lima Bintang.
Prasekolah SK Bukit Raya Dalam telah dipilih menerima Anugerah Harapan...
Tahniah kepada semua Warga Prasekolah SKBRD.

KISAH BEKAS MURID PRASEKOLAH SKBRD
BERITA HARIAN 4/11/2009 (RABU)
Budak warisi bakat bapa tangkap keli guna tangan
MOHAMAD MAULIDUL menunjukkan keberaniannya menangkap ikan keli menggunakan tangan di Kampung Bukit Raya Dalam, Pendang, semalam.
PENDANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dari Kampung Bukit Raya Dalam, di sini, mempunyai kebolehan luar biasa boleh berada di dalam kolam yang dipenuhi ribuan ikan keli tanpa berasa takut disengat ikan berbisa itu.
Menariknya, Mohamad Maulidul Sharif Esomuddin yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Raya, di sini, tidak berasa sakit jika disengat ikan berbisa itu selain mampu menangkap ikan keli dengan hanya menggunakan tangan.
Mohamad Maulidul berkata, minat terhadap ikan keli diwarisi daripada bapanya yang menternak ikan itu sejak 15 tahun lalu dan selalu menemani bapa ke kolam ternakan ketika berusia empat tahun.Beliau berkata, pada mulanya dia tidak berani menangkap ikan keli menggunakan tangan kerana sengatan ikan itu berbisa dan pedih selain memakan masa untuk pulih.
Namun, selepas mendapat tunjuk ajar bapanya Mohamad kini mampu menangkap ikan keli dengan hanya menggunakan tangan dan tahan disengat."Saya suka bermain ikan keli walaupun mempunyai sengat berbisa. Kalau datang ke kolam ini, saya rasa tidak puas jika tidak memegangnya.
"Dulu saya berasa sakit jika disengat. Namun, kini saya langsung tidak berasa sakit dan takut untuk menangkap ikan ini menggunakan tangan," katanya ketika ditemui Berita Harian di sini, semalam.
Sementara itu, bapanya, Esomudin Idris yang juga seorang tenaga pengajar kursus penternakan ikan keli, berkata dia mengesan keberanian anaknya itu selepas melihat Mohamad Maulidul Sharif turun ke kolam seorang diri dan menangkap ikan keli.
Beliau berkata, ketika mengajar peserta kursus, anaknya turut sama mendengar taklimat dan turut melakukan aktiviti yang diajar kepada setiap peserta. "Saya sendiri kagum dengan kebolehan luar biasa yang dimiliki anak saya. Ikan keli ini tidak akan bergerak apabila dia menangkapnya.
"Ramai peserta dewasa yang hadir berkursus di sini tidak mampu untuk menandinginya.
"Ketika berusia lima tahun, saya melatihnya berenang dan dalam tempoh yang singkat dia sudah boleh berenang.
"Dia cepat belajar dan tidak takut pada cabaran," katanya yang turut melatih anaknya mempelajari tomoi sejak berusia lima tahun.
Esomuddin berkata, Mohamad Maulidul Sharif adalah pelajar yang aktif di sekolah dan juga mampu menjadi imam untuk rakan pelajarnya.
"Untuk memelihara ikan keli perlu ada kasih sayang dan anaknya mempunyai sifat berkenaan.
"Apa yang saya lakukan ini sebagai bekalan untuk dirinya pada masa depan," katanya.

HARI KOKURIKULUM SKBRD 2009
Hari Kokurikulum SK Bukit Raya Dalam telah diadakan pada 7/10/2009 (Rabu). Sebanyak 8 gerai menjual pelbagai makanan. Murid-murid prasekolah turut serta menjayakan aktiviti ini. Mereka amat gembira kerana merupakan pengalaman pertama mereka turut serta dalam aktiviti seumpama ini.
TERIMA KASIH ABANG-ABANG TAHUN 6
Salah satu aktiviti yang dirancang selepas Peperiksaan UPSR, Abang-abang tahun 6 telah bergotong-royong membersihkan kawasan Prasekolah pada 4 Oktober 2009 ( Ahad )jam 8.30 pagi. Terima kasih kami ucapkan di atas kerjasama tersebut.
SEKITAR KARNIVAL PRASEKOLAH DAERAH PENDANG
Karnival Prasekolah Daerah Pendang 2009 telah diadakan pada 29/09/2009 (Selasa) di Pendang Lake Resort. Prasekolah SK Bukit Raya Dalam telah menyertai pertandingan Hafazan dan Mewarna.
Aktiviti Sempena Sambutan Kemerdekaan
Sepanjang minggu kemerdekaan Malaysia, antara aktiviti P&P adalah mewarna Jalur Gemilang dan menghias kelas dengan bendera negeri di Malaysia.
Program Bersama Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) 27 Jun 2009 - Sabtu
Prasekolah SKBRD telah dipilih untuk mengadakan satu program bersama AADK. Antara aktiviti yang diadakan adalah ceramah dan pertandingan mewarna.
Hari Anugerah Cemerlang ( 2 Julai 2009 - Khamis)
Murid-murid prasekolah telah menerima hadiah dan sijil yang disampaikan oleh YDP PIBG SK. Bukit Raya Dalam
GRADUASI 2008
Prasekolah SKBRD telah mengadakan majlis Graduasi untuk julung kalinya. Seramai 25 orang pelajar 2008 terlibat dalam majlis ini.
Klik Video untuk melihat gambar pelajar terlibat.

GOTONG-ROYONG WARIS
Waris-waris prasekolah SKBRD telah mengadakan gotong-royong untuk menceriakan persekitaran prasekolah. Antara aktiviti yang diadakan seperti mewujudkan kebun sayur, menanam bunga, membersihkan kawasan. Aktiviti ini anjuran Jawatan Kuasa Waris Prasekolah. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Untuk melihat gambar sekitar gotong royong klik video gotong-royong.
Subscribe to:
Posts (Atom)