Sunday 23 January 2011

TAKLIMAT WARIS 31/12/2009 (KHAMIS)




Taklimat waris murid-murid prasekolah tahun 2010 telah diadakan pada jam 8.30 pagi. Waris telah dipertontonkan slaid aktiviti dan pencapaian Prasekolah SKBRD sepanjang tahun 2009. Penolong Kanan 1, Tn Hj. Mahmad Suid b. Ariffin memberikan kata aluan dan harapan sekolah terhadap pembelajaran di prasekolah. Guru Prasekolah seterusnya memberikan taklimat tentang peraturan, aktiviti P&P selaras dengan kehendak Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010, dan penglibatan dan tanggungjawab waris. Pendaftaran Murid prasekolah pula dijalankan selepas taklimat tersebut.

0 comments:

Post a Comment